This is an outdated version published on 10.02.2021. Read the most recent version.

Analisis Iklan Video Hari Raya Petronas “Pulang ke Ke pangkuan Ibunda”

Authors

  • Azahar Harun Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Melaka

DOI:

https://doi.org/10.24191/ijad.v4i1.2588

Keywords:

Imej Kampung, Iklan Video, Petronas

Abstract

Kajian ini membincang kan tentang imej kampung yang digambarkan di dalam iklan video hari raya terbitan Petronas berjudul Pulang Ke Pangkuan Ibunda (2014) yang disiarkan melalui laman YouTube rasmi di https://youtube.com/PetronasOfficial. Iklan video yang berdurasi dua minit lima puluh lapan saat (00:02:58) ini memaparkan kisah sebuah keluarga di kampung membuat persiapan menyambut hari raya. Dengan menggunakan kaedah “Shot-by-Shot Analysis” dan “Semiotic Analysis”, penulis ingin mengetahui bagaimana iklan video ini membawa makna tentang signifikasi imej kampung dengan warisan dan budaya masyarakat Melayu. Untuk tujuan tersebut, satu perisian Video Annotaion Research Tool (ANVIL) telah digunakan untuk proses pengkodan. Hasil dari analisa yang dijalankan, penulis mendapati bahawa elemen-elemen visual dan naratif dalam iklan video ini walaupun kelihatan klise, mampu memberi kesan dari segi emosi kepada penonton serta memberi kaitan dengan Petronas dan aspirasi kerajaan.

Downloads

Published

10.02.2021

Versions

Issue

Section

Articles