Malay Culture Value on Malaysia Stamp Postage (Aidilfitri Festive)

Authors

  • Nor Arseha Karimon* Corresponding author | College of Creative Arts, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Melaka, Alor Gajah, Melaka
  • Mastura Jarit College of Creative Arts, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Selangor, Malaysia
  • Fazlina Mohd Radzi College of Creative Arts, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Melaka, Alor Gajah, Melaka
  • Nurulkusuma Adnan Design & Visual Communication Department, Politeknik Ibrahim Sultan, Johor Bahru, Johor, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.24191/ijad.v6i2/SI.1119

Keywords:

Stamp postage, Malay culture, Malay festive, Malaysian stamp

Abstract

Stamps are issued in conjunction with certain themes or commemorations. This study aims to analyze the visuals used in the Aidilfitri festival stamps in the Malay community in Malaysia that showcase the culture of the Malay community. Our thoughts about culture and language are also damaged a lot by politicians, causing Malaysian society to be divided according to race. The emphasis on science and technology during the era of Tun Dr Mahathir Mohamad's rule made all of this possible. This cultural issue is increasingly being raised with the recent appearance of lanterns and new Jawi writing. Therefore, this study was conducted to explore visual art from a socio-cultural perspective, which shows the change in the visual image of postage stamps as a record of the civilization process by examining changes in the cultural practices of the Malay community when moving from different years. This study aims to conserve, and identify the priorities that influence stamp production. The results of this study aim for the Malay community to be able to strengthen unity and individuality as well as self-identity and identity as the protection of national heritage treasures. The cultural values of the Malay community are practices in the daily life of the Malay community. Good manners are the culture of the Malay community which is full of order, virtue, speech, behavior, wisdom, and politeness. This paper shows how Malaysian cultural values have always been a practice in the production of Aidilfitri stamps in Malaysia. This study will use qualitative methods involving observation, and library data. This study will focus on Aidilfitri stamps issued from 1996 to 2021. This research will provide knowledge about the value of Malay culture through the representation of the use of Malay cultural images in the stamps. In conclusion, the cultural values found in the Malaysian celebration postage stamps aim to remind Malaysians about the culture and values found in the Malay community as well as the cultural beauty that is often seen during the Aidilfitri celebration. With this study, researchers thought it would benefit art enthusiasts, researchers, stamp enthusiasts, and Malaysian art historians.

Abstrak

Setem diterbitkan bersempena dengan tema atau peringatan tertentu. Kajian ini bertujuan menganalisa visual yang digunakan dalam setem perayaan aidilfitri dalam masyarakat Melayu di Malaysia yang mempamerkan budaya masyarakat Melayu. Pemikiran kita tentang budaya dan bahasa telah banyak dirosakkan oleh ahli politik menyebabkan masyarakat Malaysia berpecah belah mengikut kaum. Penekanan terhadap sains dan teknologi pada era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad memungkinkan semua ini berlaku. Isu budaya ini semakin dibangkitkan dengan kemunculan isu tanglung dan tulisan jawi baru baru-baru ini. Isu perkauman dan agama ini jika tidak ditangani dengan berkesan, ia boleh menghancurkan Malaysia. Maka, kajian ini dilakukan bagi meneroka seni visual dari perspektif sosiobudaya, yang memperlihatkan perubahan gambaran visual setem pos sebagai rekod proses ketamadunan dengan mengkaji perubahan dalam amalan budaya masyarakat Melayu apabila beralih dari tahun yang berbeza. Kajian ini bertujuan untuk memulihara, dan mengenal pasti keutamaan yang mempengaruhi pengeluaran setem. Hasil dari kajian ini bertujuan untuk masyarakat Melayu dapat mengukuhkan perpaduan dan kepribadian serta jati diri dan identiti sebagai perlindungan khazanah warisan negara. Nilai budaya masyarakat Melayu merupakan amalan budi bahasa yang berlaku dalam kehidupan harian masyarakat Melayu. Budi bahasa yang baik merupakan budaya masyarakat Melayu yang penuh dengan tatatertib, kebajikan, tutur kata, kelakuan, kebijaksaan serta kesantunan. Kertas kerja ini memperlihatkan bagaimana nilai budaya Malaysia sentiasa menjadi amalan dan kebanggaan dalam penghasilan setem perayaan Aidilfitri di Malaysia. Kajian ini akan menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan pemerhatian, dan data perpustakaan. Kajian ini akan memfokuskan kepada setem perayaan Aidilfitri yang dikeluarkan bermula tahun 1996 hingga 2021. Penyelidikan ini akan memberi pengetahuan tentang nilai budaya Melayu melalui representasi penggunaan imej budaya Melayu di dalam setem. Kesimpulannya nilai budaya yang terdapat dalam setem pos perayaan Malaysia bertujuan supaya rakyat Malaysia menghargai tentang budaya dan nilai yang terdapat dalam masyarakat Melayu serta keindahan budaya yang sering dilihat ketika perayaan aidilfitri. Dengan kajian ini, pengkaji yang difikirkan akan memberi manfaat kepada peminat seni, penyelidik, peminat setem, dan ahli sejarah seni Malaysia. 

 

Downloads

Published

10.11.2022 — Updated on 10.11.2022

Issue

Section

Articles