Determinant Factors Influencing the Reuse Practice of Heritage Shop Houses in the World Heritage City Melaka Core Zone

Faktor Penentu yang Mempengaruhi Amalan Penyesuaigunaan Semula Rumah Kedai Warisan di Zon Teras Melaka Bandaraya Warisan Dunia

Authors

  • Nor Syahila Ab Rashid* Corresponding author | Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
  • Tim Heath University of Nottingham, United Kingdom

Keywords:

Conservation of Heritage Buildings, Shop Houses, Reuse, Melaka Core Zone, UNESCO World Heritage Site.

Abstract

Rapid economic development and restructuring have an impact on the existence of more old buildings in large cities. Most of these buildings represent different eras and typologies. Like a shophouse in Southeast Asia that has its uniqueness, is a very important heritage. The desire to carry out research related to the reuse of shophouses arises from the condition of some of the city's assets that are abandoned and dilapidated. However, the maintenance of the shophouse with the original function may not be appropriate as the nature of use may change over time according to needs. Therefore, the practice of re-use is suggested to ensure that the building in question continues to be preserved and also to prevent obsolescence from being used as a justification for demolition. The objective of this research is to identify the most popular reuse options and the determining factors that influence the reuse of heritage shophouses in the Melaka Core Zone of the World Heritage City. This research uses survey (quantitative) and observation (qualitative) methods to gather information. Microsoft Excel and NVivo software were used to assist in the analysis of the collected data. Research findings show that cafes and restaurants are the most popular options for partial storefront repurposing, while hotels and motels are the most popular options for full storefront repurposing in this area. Legal provisions, tourism demand, inscription demand, profit, obsolete original function, building vacancy, and accessibility are identified as determining factors in the reuse practice. A deep understanding of the reuse process has the potential to be the basis of better policy formation to ensure that shops in this area remain actively functioning. The preservation of this building is important to maintain Melaka's recognition in the UNESCO World Heritage Site list on an ongoing basis.

Abstrak

Pembangunan ekonomi yang pesat dan penstrukturan semula memberi impak terhadap kewujudan lebih  banyak bangunan lama di bandar-bandar besar. Kebanyakan bangunan ini mewakili era dan tipologi yang  berbeza. Sesetengah bangunan ini, seperti rumah kedai di Asia Tenggara yang mempunyai keunikan  tersendiri, adalah peninggalan warisan yang sangat penting. Keinginan untuk menjalankan penyelidikan  berkaitan penyesuaigunaan semula rumah kedai timbul daripada kondisi sebahagian aset bandar ini yang  terbiar dan usang. Walau bagaimanapun, pengekalan rumah kedai dengan fungsi asal mungkin tidak  bersesuaian oleh kerana sifat kegunaan boleh berubah dari semasa ke semasa mengikut keperluan.  Sehubungan itu, amalan penyesuaigunaan semula dicadangkan bagi memastikan bangunan berkenaan terus terpelihara dan juga bagi mengelakkan keusangan dijadikan justifikasi untuk tindakan perobohan.  Objektif penyelidikan ini adalah untuk mengenalpasti pilihan penyesuaigunaan semula yang paling  popular dan faktor penentu yang mempengaruhi amalan penyesuaigunaan semula rumah kedai warisan di  Zon Teras Melaka Bandaraya Warisan Dunia. Penyelidikan ini menggunakan kaedah gabungan  kuantitatif dan kualitatif iaitu tinjauan (kuantitatif) dan pemerhatian (kualitatif) dalam pengumpulan  maklumat. Perisian Microsoft Excel dan NVivo digunakan untuk membantu analisis terhadap data yang  dikumpul. Penemuan penyelidikan menunjukkan bahawa kafe dan restoran menjadi pilihan paling  popular untuk penyesuaigunaan semula rumah kedai secara separa, manakala hotel dan motel pula  menjadi pilihan paling popular untuk penyesuaigunaan semula rumah kedai secara penuh di kawasan ini.  Peruntukan undang-undang, permintaan pelancongan, permintaan inskripsi, keuntungan, fungsi asal yang  lapuk, kekosongan bangunan dan aksesibiliti dikenalpasti sebagai faktor-faktor penentu kepada amalan  penyesuaigunaan semula tersebut. Kefahaman yang mendalam berkenaan proses penyesuaigunaan semula  berpotensi menjadi asas pembentukan polisi yang lebih baik bagi memastikan rumah kedai di kawasan ini  kekal berfungsi secara aktif. Pemeliharaan bangunan ini adalah penting demi mengekalkan pengiktirafan Melaka dalam Senarai Tapak Warisan Dunia UNESCO secara berterusan. 

 

Downloads

Published

25.03.2024 — Updated on 25.03.2024

Issue

Section

Articles