Formalistic Analysis of Pewter Design Based on Islamic Ornamentation Art

Analisa Formalistik Reka Bentuk Piuter Berdasarkan Seni Ornamentasi Islam

Authors

  • Siti Mastura Md Ishak* Corresponding author | Jabatan Reka Bentuk Perindustrian, Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia
  • Nor Azlin Hamidon Pengajian Budaya Visual, Jabatan Seni Halus, Kolej Pengajian Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.24191/ijad.v8i1/SI-1.2536

Keywords:

Islamic ornamentation art, Malay designers, Pewter, Innovation, Meaning of aesthetic value

Abstract

Design elements are influenced by the diversity of the designer's thinking context such as style and technical results, design concepts and aesthetic values. This reasonableness is also able to make local pewter products a potential medium to highlight the skills of Malay designers in conveying the meaning and significance of each design product that has a psychological characteristic. However, the design needs to be articulated without carelessness so that its aesthetic value is able to increase an art product precisely from the point of view of meaning. This study aims to analyse pewter designs that have an atmosphere of Malay culture and thought in Malaysia based on the theoretical innovation of Islamic ornamentation art. Observation of artefacts is used to support the formalistic analysis process on design structure and motifs with visual documentation of artefacts to describe the details of the ornamentation structure. The analysis is carried out based on two Islamic and Malay theories to obtain the results of the formation of designs and understand the innovation of thinking that occurs. The results of this study found parallelism in the integration of both types of art concepts that are able to have a meaningful impact on the generation of pewter design ideas. This study is seen as a step to dignify the theory of local art in Islamic values that can be a guide in the empowerment of Malay designers at the global level.

Abstrak
Elemen reka bentuk terkesan dari kepelbagaian konteks pemikiran perekanya seperti gaya dan hasil teknikal, konsep rekaan dan nilai estetikanya. Kewajaran ini juga berupaya menjadikan hasil keluaran piuter tempatan berpotensi sebagai medium untuk mengetengahkan kemahiran pereka Melayu dalam menyampaikan maksud dan makna pada setiap hasil rekaan yang bercirikan kejiwaan. Namun, rekaan perlu diartikulasikan tanpa sembarangan agar nilai estetikanya mampu meningkatkan suatu hasil seni itu jitu dari sudut pemaknaan. Kajian ini bertujuan untuk menganalisa rekaan piuter yang beratmosferakan budaya dan pemikiran Melayu di Malaysia berlandaskan inovasi teori seni ornamentasi Islam. Pemerhatian artifak digunakan bagi menyokong proses penganalisaan formalistik pada struktur reka bentuk dan motif dengan pendokumentasian artifak secara visual bagi menghurai perincian struktur ornamentasi. Analisis dijalankan dengan berlandaskan dua teori Islam dan Melayu bagi mendapatkan hasil pembentukan rekaan dan memahami inovasi pemikiran yang berlaku. Hasil kajian ini mendapati keselarian dalam integrasi kedua-dua jenis konsep seni yang berupaya memberi impak intrikasi bermakna pada penjanaan idea rekaan piuter. Kajian ini dilihat sebagai satu langkah untuk memartabatkan teori seni tempatan dalam nilai Islam yang mampu menjadi panduan dalam pendayaupayaan pereka Melayu di peringkat global.

Downloads

Published

16.04.2024

Issue

Section

Articles