Pengintegrasian Teknologi dalam Pendidikan: Cabaran Guru

Contrastive Analysis Technological Integration in Education: Challenges for Educators

Authors

  • Geoffrey F. C. Lim
  • Norshamshizar Abdul Jalil
  • Dayang Suraya Awang Hidup
  • Marlissa Omar

DOI:

https://doi.org/10.24191/ijmal.v8i1.7454

Abstract

Pengintegrasian teknologi dalam pendidikan adalah satu aspek penting dalam pembangunan pendidikan pada masa kini. Kepesatan teknologi dunia menerusi Revolusi Industri 4.0 telah memberi impak kepada negara terutama dalam bidang pendidikan. Namun, pendidik-pendidik turut menghadapi masalah dalam mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kertas ini mengambil tumpuan terhadap cabaran yang dihadapi oleh guru dalam usaha untuk mengintegrasikan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Cabaran-cabaran ini merangkumi kurangnya latihan, kemahiran teknikal, serta sikap guru sendiri terhadap penggunaan teknologi. Selain itu, isu-isu penyediaan bahan, seperti kos dan sumber, juga menjadi penghalang kepada pengintegrasian teknologi. Kajian ini juga menggariskan penyelesaian yang boleh diambil untuk mengatasi cabaran ini, termasuk peningkatan latihan guru, sokongan pentadbir dan teknikal yang baik, dan berfikiran secara terbuka untuk menyokong penggunaan teknologi dalam pengajaran. Dengan mengatasi cabaran-cabaran ini, pengintegrasian teknologi dalam pendidikan dapat menjadi lebih berkesan dan memberikan manfaat yang besar kepada proses pembelajaran pelajar.

References

Downloads

Published

2025-07-14

How to Cite

Pengintegrasian Teknologi dalam Pendidikan: Cabaran Guru: Contrastive Analysis Technological Integration in Education: Challenges for Educators. (2025). International Journal of Modern Languages and Applied Linguistics, 8(1). https://doi.org/10.24191/ijmal.v8i1.7454

Most read articles by the same author(s)