Proses Nasalisasi dalam Awalan Kata Kerja Bahasa Iban
Nasalisation of Verbal Prefixes in the Iban Language
DOI:
https://doi.org/10.24191/ijmal.v8i1.7455Abstract
Makalah ini bertujuan untuk mengkaji salah satu proses pengimbuhan kata kerja dalam bahasa Iban iaitu proses nasal- isasi. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang berbentuk deskriptif tentang proses morfologi bahasa Iban dengan memfokuskan kepada kata kerja bahasa Iban yang menerima awalan nasal. Dalam kajian ini, terdapat dua objektif yang diketengahkan, iaitu mengenalpasti awalan nasal kata kerja dalam bahasa Iban dan menghuraikan proses nasali- sasi dalam pembentukan kata kerja terbitan. Pengkaji menggunakan data korpus yang didapati dalam buku Tiga Ense- ra (The Tun Jugah Foundation, 2009). Buku ini mengandungi tiga teks cerita kaum Iban iaitu yakni Indai Jubang (Sang Lamat, 2003), Kumang Bunsu Ikan Buing (Muda Sandin, 2004) dan Kumang Nyera (Mathew Banyin Nyaru, 2003). Pengumpulan data dilakukan dengan mencatat dan menyenaraikan kata kerja yang dikesan dihadiri oleh awalan nasal sebelum fonem pertama kata kerja tersebut. Seterusnya, data dianalisis dengan berpandukan pendekatan struktural dalam model kajian Omar dan Sandai (2012) bagi mencapai kedua-dua objektif kajian. Berdasarkan analisis data yang telah dilakukan, terdapat lima bentuk awalan nasal iaitu /m-/, /n-/, /ny-/, /ng-/ dan /nge-/ ditemukan dalam kata kerja terbitan bahasa ini. Dapatan kajian juga mengesan bahawa proses nasalisasi ini melibatkan dua proses iaitu penggantian dan penambahan morfem untuk menerbitkan kata kerja berimbuhan.
References
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Ericca Eanna Bidi, Salbia Hassan, Dayang Sariah Abang Suhai

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 4.0 International License.





