Analisis Kontrastif Strategi Penterjemahan Harf al-Jar dalam Kisah Ibnu Yaqzan

Contrastive Analysis of the Translation Strategies of Harf al-Jar in the Story of Ibn Yaqzan

Authors

  • Siti Zubaidah Zulkifli
  • Nurazan Mohmad Rouyan

DOI:

https://doi.org/10.24191/ijmal.v7i1.7519

Abstract

Bidang penterjemahan bahasa Arab ke bahasa Melayu semakin mendapat tempat dalam kalangan para penterjemah dan penuntut bahasa Arab pada masa kini. Malah, kajian berkaitan bidang penterjemahan Arab-Melayu banyak dikaji dalam pelbagai cabang linguistik namun kajian berkaitan analisis kontrastif strategi penterjemahan Arab-Melayu masih belum dikaji oleh pengkaji lepas, lebih-lebih lagi kajian yang melibatkan penterjemahan harf al-jar. Masalah utama penterjemahan harf al-jar ke bahasa Melayu berpunca daripada ketidakmampuan penterjemah dan pelajar bahasa Arab dalam menghasilkan padanan harf al-jar yang tepat dan masih keliru makna harf al-jar yang manakah sesuai dalam terjemahan bahasa Melayu. Oleh yang demikian, makalah ini bertujuan untuk mengetengahkan aspek penterjemahan harf al-jar yang baik melalui padanan harf al-jar ke bahasa Melayu dalam terjemahan Arab-Melayu novel Ibnu Yaqzan. Selain itu, kajian ini turut mengenalpasti strategi penterjemahan yang digunakan dalam analisis kontrastif penterjemahan harf al-jar dengan kata sendi nama bahasa Melayu dalam novel tersebut. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kualititatif melalui analisis kontrastif dan deskriptif strategi penterjemahan harf al- jar dalam kisah Ibnu Yaqzan. Dapatan kajian menyarankan bahawa harf al-jar yang ada dalam kisah Ibnu Yaqzan tidak boleh diterjemahkan secara literal, malah diterjemah mengikut makna berdasarkan kesesuaian ayat yang dimaksudkan oleh pengarang. Selain itu, penterjemahan makna harf al-jar dalam kisah ini menggunakan strategi penterjemahan seperti strategi komunikatif, strategi dinamik dan teori relevan. Sehubungan itu, makalah ini mencadangkan agar analisis kontrastif penterjemahan harf al-jar diberi perhatian dan diketengahkan kepada para penterjemah dan pelajar bahasa Arab agar mereka tidak keliru dalam menterjemahkan harf al-jar. Aspek penterjemahan harf al-jar yang dipersembahkan dalam kajian ini boleh dijadikan sebagai panduan dan rujukan kepada pelajar dan penterjemah Arab-Melayu.

References

Downloads

Published

2025-07-16

How to Cite

Analisis Kontrastif Strategi Penterjemahan Harf al-Jar dalam Kisah Ibnu Yaqzan: Contrastive Analysis of the Translation Strategies of Harf al-Jar in the Story of Ibn Yaqzan. (2025). International Journal of Modern Languages and Applied Linguistics, 7(1). https://doi.org/10.24191/ijmal.v7i1.7519