PENGINSTITUSIAN PEDAGOGI OUD DI MALAYSIA
SATU KAJIAN AUTOETNOGRAFI TENTANG PERINTISAN, REPERTOIR, DAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN MUZIK TRADISIONAL
DOI:
https://doi.org/10.24191/jca.v2i2.6768Keywords:
Autoetnografi, Oud, Pendidikan Muzik, Maqāmāt, Pedagogi Muzik, Transformasi InstitusiAbstract
Artikel ini membentangkan sebuah kajian autoetnografi yang menelusuri peranan perintis penulis dalam memperkenalkan dan menginstitusikan pendidikan oud; yang dikenali secara tempatan sebagai gambus di Malaysia dan sebahagian besar rantau Nusantara secara formal dalam konteks muzik tradisional dan pendidikan tinggi. Bermula dengan latihan awal bersama seorang guru oud dari Iraq di London pada tahun 1999, penulis telah menerapkan pendekatan pedagogi berasaskan teknik permainan, teori maqāmāt (maqām: singular), dan struktur mikrotonal muzik Arab ke dalam sistem pengajian muzik di institusi seperti ASWARA dan UiTM sejurus kembali ke tanah air pada tahun 2002, serta di UPSI antara tahun 2012 hingga 2014. Selain itu, penulis turut menyumbang kepada pengayaan kurikulum melalui pengenalan repertoir klasik dan kontemporari karya komposer terkemuka seperti Riyāḍ al-Sunbāṭī dan Tanburi Cemil Bey, di samping menerbitkan buku rujukan pertama dalam Bahasa Melayu khusus untuk pengajaran oud. Kajian ini mendapati bahawa sebelum abad ke-21, pendidikan oud di Malaysia tidak memiliki struktur pedagogi formal serta tiada kesinambungan dalam penguasaan teknik maqāmāt, taqsīm (taqasīm: plural), dan sistem talaan. Justeru itu, usaha yang dirakam dalam artikel ini mewakili satu sumbangan baharu dan signifikan terhadap pendokumentasian sejarah muzik negara. Dengan menggabungkan pengalaman autoetnografi, refleksi pedagogi, dan analisis konteks institusi, artikel ini menawarkan wacana baharu mengenai proses lokalisasi instrumen muzik Timur Tengah dalam landskap muzik Malaysia, sekali gus meletakkan asas akademik yang kukuh bagi perkembangan sistematik pendidikan oud dalam era kontemporari.
References
Ellis, C., Adams, T. E., & Bochner, A. P. (2011). Autoethnography: An overview. Forum: Qualitative Social Research, 12(1), Article 10. https://doi.org/10.17169/fqs-12.1.1589
Hilarian, L. F. (2003). The gambus (lutes) of the Malay world: Its origins and significance in Zapin music. In J. S. Buenconsejo (Ed.), A search in Asia for a new theory of music: A symposium organised by the Philippines Center for Ethnomusicology as the 7th International Conference of the Asia Pacific Society for Ethnomusicology (pp. 455–480). Quezon City, Philippines: UP Center for Ethnomusicology.
Hilarian, L. F. (2005). The structure and development of the gambus (Malay-lutes). The Galpin Society Journal, 58, 66–82.
Md Nor, M. A. (1993). Zapin: Folk dance of the Malay world. Singapore & New York: Oxford University Press.
Mohd Anis Md Nor, & Revathi Murugappan (Eds.). (2005). Global & local: Dance in performance. Kuala Lumpur, Malaysia: Cultural Centre, University of Malaya & Ministry of Culture, Arts and Heritage Malaysia. ISBN 978-983-2085720.
Mohd Nizam Attan. (2020). Kesinambungan dan perubahan tradisi muzik kumpulan gambus Nurulhilal di Johor (Tesis PhD). Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia.
Raja Zulkarnain, R. M. Y. (2024). Gambus dalam sejarah Kesultanan Melaka. Dewan Budaya, 8, 44–47.
Raja Zulkarnain, R. M. Y. (2025b). The origins of the gambus in Malaysia: Ottoman cultural exchange and Hadrami diaspora. Malaysian Journal of Music. In press.
Raja Zulkarnain, R. M. Y., & Attan, M. N. (2025a). From Middle Eastern oud to Gambus Johor: The instrument’s presence in the Malay world. In N. M. Yasin & A. F. N. Mohd Ghazi (Eds.), Meneroka kepelbagaian sosial dan politik Malaysia: Tradisi, cabaran dan pembaharuan (pp. 31–44). Batu Pahat, Malaysia: UTHM Press.
Raja Zulkarnain. (2013). Oud: Warisan seni dari Timur Tengah. Institute Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), Malaysia. ISBN 978-983-068-975-3.
Raja Zulkarnain. (2017). Gambus: Spesifikasi dan cara bermain. Institute of Language and Literature (DBP), Malaysia. ISBN 978-983-4907259.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Raja Zulkarnain Raja Yusof

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.

