Penilaian Kebolehgunaan Model Pengendalian Makanan Halalan Tayyiban Dalam Kalangan Pengendali Makanan Menggunakan Teknik Kumpul Nominal (NGT)

Authors

  • Nurul Asmida Saad Academy of Contemporary Islamic Studies, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Selangor, Malaysia
  • Mohd Anuar Ramli Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.24191/jhsmr.v2i2.12433

Keywords:

Halalan Tayyiban, Model Pengendalian Makanan, Pengendali Makanan, Teknik Kumpulan Nominal (NGT), Kebolehgunaan Model

Abstract

Kajian ini bertujuan menilai kebolehgunaan Model Pengendalian Makanan Halalan Tayyiban dalam kalangan pengendali makanan menggunakan Teknik Kumpulan Nominal (NGT). Model ini dibangunkan sebagai garis panduan praktikal bagi membantu pengendali makanan melaksanakan amalan pengendalian makanan yang berasaskan prinsip halalan tayyiban. Penilaian kebolehgunaan dilaksanakan pada fasa akhir kajian pembangunan model bagi menentukan tahap kesesuaian model untuk diaplikasikan dalam situasi sebenar. Seramai 14 orang pengendali makanan yang terdiri daripada pengusaha katering, restoran dan kantin sekolah telah terlibat dalam sesi penilaian. Data dikumpulkan menggunakan instrumen soal selidik berstruktur dan dianalisis menggunakan kaedah peratusan skor. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua item yang dinilai memperoleh skor melebihi nilai minimum kebolehgunaan yang ditetapkan iaitu 70 peratus, dengan julat skor antara 93.88 peratus hingga 96.94 peratus. Skor tertinggi dicatatkan bagi item yang menilai kejelasan objektif model, menunjukkan tahap penerimaan yang tinggi dalam kalangan peserta. Dapatan ini membuktikan bahawa Model Pengendalian Makanan Halalan Tayyiban mempunyai tahap kebolehgunaan yang sangat tinggi serta sesuai digunakan sebagai panduan kepada pengendali makanan dalam melaksanakan amalan pengendalian makanan yang mematuhi prinsip halal dan tayyib. Kajian ini turut menyumbang kepada bidang pengurusan halal dengan menyediakan satu model yang telah disahkan kebolehgunaannya bagi menyokong pematuhan halal, keselamatan makanan, kebersihan dan integriti halal dalam industri makanan.

References

Al-Quran. Surah al-Baqarah, 2:168.

Al-Quran. Surah al-Maidah, 5:88.

Ali, M. H., Tan, K. H., Ismail, M. D., & Ismail, H. (2021). A review of halal supply chain research and future research directions. Journal of Islamic Marketing, 12(9), 1743–1763.

Department of Standards Malaysia. (2019). MS 1500:2019 Halal food – General requirements (Third revision). Department of Standards Malaysia.

Delbecq, A. L., Van de Ven, A. H., & Gustafson, D. H. (1975). Group techniques for program planning: A guide to nominal group and Delphi processes. Scott, Foresman and Company.

Dobbie, A., Rhodes, M., Tysinger, J. W., & Freeman, J. (2004). Using a modified nominal group technique as a curriculum evaluation tool. Family Medicine, 36(6), 402–406.

Harvey, N., & Holmes, C. A. (2012). Nominal group technique: An effective method for obtaining group consensus. International Journal of Nursing Practice, 18(2), 188–194.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2020). Manual prosedur pensijilan halal Malaysia (domestik) 2020. JAKIM.

Juli, M., & Md Sapry, H. R. (2024). Ensuring halal integrity and security in warehouse operations: An investigation of best practices for halal food and beverage storage. Malaysian Journal of Industrial Technology, 8(2), 1–22.

Maifiah, M. H. M., & Saiful Nazri, A. S. (2025). The practice of halal and toyyib principles among migrant food handlers IIUM food services: A food safety and hygiene perspective through a mixed methods approach. Halalsphere.

McMillan, S. S., King, M., & Tully, M. P. (2016). How to use the nominal group and Delphi techniques. International Journal of Clinical Pharmacy, 38(3), 655–662.

Md Dahlal, N., Saniff, S. M., & Che Noh, C. N. (2024). Harmonising food safety and friendly service through halal and toyyib principles. Halalsphere, 4(1), 80–87. https://doi.org/10.31436/hs.v4i1.89

NA Saad & MA Ramli, (2020) Issue of Halalan Tayyiba in Food Supply Chain among food Handler. 33-45. Journal of Contemporary Islamic Studies

Potter, M., Gordon, S., & Hamer, P. (2021). The nominal group technique: A useful consensus methodology. Journal of Advanced Nursing, 77(1), 18–28.

Primadasa, R., & Masudin, I. (2025). Integrating DEMATEL-ISM-MICMAC: An interconnected model of halal-sustainable supply chain management indicators for SMEs. Journal of Islamic Marketing, 16(8), 2244–2275. https://doi.org/10.1108/JIMA-07-2024-0303

Richey, R.C., & Klien, J. D. Design and Development Research: Methods, Strategies, and Issues (Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum Associates, 2007.

Richey, R. C., Klein, J. D., & Nelson, W. A. (2004). Developmental research: Studies of instructional design and development. In D. H. Jonassen (Ed.), Handbook of Research on Educational Communications and Technology (2nd ed., pp. 1099–1130). Lawrence Erlbaum Associates.

Saedah Siraj, Alias Nordin, & Zaharah Hussin. (2013). Design and Developmental Research: Emergent Trends in Educational Research. Pearson Malaysia.

Saadan Man, & Yahya, Z. A. (2014). Halalan tayyiban: Konsep dan aplikasinya dalam pemakanan Islam. Penerbit Universiti Malaya.

Saffinee, S. S., & Jamaludin, M. A. (2024). Halal gastronomy: Handling food products' quality in the local tourism market. Asian People Journal, 7(2).

Tieman, M. (2011). The application of halal in supply chain management. Journal of Islamic Marketing, 2(2), 186–195.

Tieman, M., van der Vorst, J. G. A. J., & Ghazali, M. C. (2012). Principles in halal supply chain management. Journal of Islamic Marketing, 3(3), 217–243.

Downloads

Published

30-09-2026

How to Cite

Saad, N. A., & Ramli, M. A. (2026). Penilaian Kebolehgunaan Model Pengendalian Makanan Halalan Tayyiban Dalam Kalangan Pengendali Makanan Menggunakan Teknik Kumpul Nominal (NGT). Journal of Halal Science and Management Research, 2(2), 193-211. https://doi.org/10.24191/jhsmr.v2i2.12433

Most read articles by the same author(s)