Materials, Techniques, and Pattern Design of Traditional Lekar Midrib Sticks Basket Weave Patterns: A Comparison
Bahan, Teknik dan Reka Bentuk Corak Anyaman Tradisional Bakul Lidi Lekar: Satu Perbandingan
DOI:
https://doi.org/10.24191/ijad.v8i1/SI-1.2519Keywords:
Midrib stick lekar basket, Woven, Lidi material, Pattern designAbstract
Weaving is a handicraft work of art from natural materials that can create a usable product through the ingenuity of human creation. Midrib stick lekar basket is one of the traditional woven crafts that still exists even though its function is no longer as important as it used to be. The study aims to identify the material, technique, and design of the weaving pattern of midrib stick lekar basket craft by comparing different practitioners or communities from three states, namely Kedah, Terengganu and Kelantan. The results of this study will help researchers see the extent to which the use of materials, diversity of techniques and pattern design will form an identity or abnormality in each woven product produced. The material focuses on the materials of coconut midrib sticks and nipa palm midrib sticks, which are very compatible with the woven baskets of lekar midrib sticks. To answer this purpose, research was conducted qualitatively through the field research method to collect, observe and analyze samples of midrib stick lekar baskets from different communities as the primary source of reference in addition to interviews with midrib stick lekar basket weavers. The analysis found that these three states' craft of basket weaving and midrib stick lekar baskets have apparent similarities in manufacturing and processing techniques. The shapes and sizes produced have exhibited different characteristics that have influenced the invention of pattern design and new functional.
Abstrak
Anyaman adalah sebuah karya seni kraftangan dari bahan alam semula jadi yang mampu mewujudkan sebuah produk boleh guna melalui kepintaran akal ciptaan manusia. Bakul lidi lekar merupakan salah satu seni kraf anyaman tradisional yang masih wujud walaupun fungsinya tidak lagi penting seperti dahulu. Tujuan kajian untuk mengenalpasti bahan, teknik dan reka bentuk corak anyaman kraf bakul lidi lekar dengan melihat perbandingan dari penggiat atau komuniti berbeza dari tiga negeri iaitu Kedah, Terengganu dan Kelantan. Hasil dari kajian ini akan membantu penyelidik melihat sejauh mana penggunaan bahan, kepelbagaian teknik dan reka bentuk corak akan membentuk indentiti atau kelainan yang pada setiap produk anyaman yang dihasilkan. Tumpuan bahan pula kepada bahan lidi kelapa dan lidi nipah yang sangat serasi dengan anyaman bakul lidi lekar. Bagi menjawab tujuan ini, satu penelitian dilakukan secara kualitatif melalui kaedah kajian lapangan iaitu mengumpul, membuat pemerhatian dan menganalisis beberapa sampel bakul lidi lekar dari komuniti yang berbeza sebagai sumber rujukan utama selain temubual bersama penganyam bakul lidi lekar. Hasil analisis mendapati kraf anyaman bakul lidi lekar dari ketiga-tiga negeri ini mempunyai persamaan yang jelas dari teknik pembuatan dan olahan anyaman. Bentuk dan saiz yang dihasilkan telah mempamerkan ciri-ciri yang berbeza dalam mempengaruhi ciptaan olahan reka corak selain mewujudkan fungsi guna yang baru. Kajian menunjukkan bahawa kraftangan ini hampir dilupakan kerana kurangnya minat dan kemahiran dari kalangan generasi muda serta reka bentuk bakul dan fungsi yang tidak lagi relevan dalam dunia yang serba moden. Diharapkan dapatan kajian ini dijadikan bahan pendokumentasian yang mampu memelihara kelestarian seni kraf tradisional bakul lidi lekar dalam konteks seni warisan dan budaya negara.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 International Journal of Art and Design
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.