Integrasi Maqāṣid al-Sharīʿah dalam Penilaian Sistem Buy Now Pay Later (BNPL): Cabaran Ketidaksepadanan, Implikasi Sosial dan Cadangan Dasar di Malaysia

(Integrating Maqāṣid al-Sharīʿah into the Assessment of Buy Now, Pay Later (BNPL) Systems: Challenges of Misalignment, Social Implications, and Policy Recommendations in Malaysia)

Authors

  • Aemy Aziz Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA, Cawangan Johor
  • Hadenan Towpek Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA, Cawangan Sarawak
  • Mohd Shahid Azim Mohd Saufi Faculty of Business and Management (FPP), Universiti Teknologi MARA, Cawangan Kedah
  • Syaimak Ismail Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perlis
  • Muhammad Saiful Islam Ismail Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA, Cawangan Kedah
  • Mohamad Zaim Isamail Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perak

DOI:

https://doi.org/10.24191/nk12744

Keywords:

Buy Now Pay Later (BNPL); Maqāṣid al-Sharīʿah; Kewangan Islam;, Fintech; Perlindungan pengguna; Literasi kewangan

Abstract

Kemunculan sistem Buy Now Pay Later (BNPL) sebagai salah satu instrumen inovatif dalam ekosistem teknologi kewangan (fintech) telah menarik perhatian ramai, khususnya dalam kalangan generasi muda yang celik digital. Sistem ini menawarkan kemudahan pembelian serta-merta dengan pembayaran secara ansuran tanpa faedah, sekali gus dilihat sebagai alternatif kepada pinjaman konvensional. Namun begitu, di sebalik kemudahannya, wujud beberapa isu kritikal apabila BNPL dianalisis melalui kerangka maqāṣid al-sharīʿah, iaitu kerangka etika dan objektif utama dalam sistem kewangan Islam yang menekankan perlindungan terhadap agama (ḥifẓ al-dīn), nyawa (al-nafs), akal (al-ʿaql), harta (al-māl) dan keturunan (al-nasl). Pelaksanaan BNPL di Malaysia ketika ini berdepan dengan cabaran kawal selia yang minimum, potensi ketelusan kontrak yang rendah, risiko hutang berlebihan, serta eksploitasi pengguna melalui pendekatan pemasaran yang agresif. Hal ini menimbulkan persoalan tentang keserasian sistem ini dengan nilai-nilai maqāṣid al-sharīʿah, terutamanya dari aspek keadilan, kejelasan akad, dan kesejahteraan sosial. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis ketidaksepadanan sistem BNPL terhadap prinsip maqāṣid al-sharīʿah serta mengenal pasti cabaran utama dalam aspek perlaksanaan dan kawal selia. Pendekatan kualitatif digunakan melalui analisis kandungan dokumen dasar, garis panduan perundangan, dan laporan institusi kewangan, disokong dengan telaah literatur fiqh muʿāmalāt klasik dan kontemporari. Hasil kajian menunjukkan bahawa struktur BNPL sedia ada berisiko mewujudkan unsur gharar (ketidaktentuan), riba terselindung, serta ketidakseimbangan maklumat antara pihak penyedia dan pengguna. Justeru, kajian ini mencadangkan beberapa reformasi dasar yang berasaskan nilai maqāṣid, termasuk pembangunan kerangka kontrak yang telus, pemerkasaan literasi kewangan Islam dalam kalangan pengguna, dan penggubalan garis panduan syariah oleh pihak berautoriti seperti Bank Negara Malaysia dan Majlis Penasihat Syariah. Secara keseluruhannya, kajian ini memberi sumbangan penting kepada perbincangan ilmiah berkaitan keperluan reformasi sistem kewangan moden agar lebih seimbang antara kemajuan teknologi dan pemeliharaan nilai maqāṣid al-sharīʿah. Diharapkan dapatan kajian ini dapat dijadikan rujukan kepada pembuat dasar, penggubal undang-undang, dan institusi kewangan Islam dalam usaha mewujudkan ekosistem kewangan digital yang lebih etika, adil dan lestari menurut prinsip Islam.

References

Abu Bakar, N. A., & Salleh, A. D. (2025). Beli Dahulu Bayar Kemudian (BNPL) Sebagai Wahana Perbelanjaan Patuh Syariah Dan Beretika: Satu Tinjauan Literatur. Journal of Contemporary Islamic Law, 10(2), 20–28.

Alias, A. A., Zaidi, F. Z., & Mohd Fauzey, N. F. (2025). Buy Now, Think Later? A Conceptual Take on Malaysian BNPL Choices. International Journal of Management, Finance and Accounting, 6(2), 200–218.

Bank Negara Malaysia. (2023). Annual Report 2022. Bank Negara Malaysia.

Chapra, M. U. (2000). The Future of Economics: An Islamic Perspective. The Islamic Foundation.

Consumer Financial Protection Bureau. (2022). Buy Now, Pay Later: Market Trends and Consumer Impacts. Consumer Financial Protection Bureau.

Dusuki, A. W., & Bouheraoua, S. (2011). The Framework of Maqāṣid Al-Sharīʿah and Its Implications for Islamic Finance. International Shariah Research Academy for Islamic Finance (ISRA).

Guttman-Kenney, B., Firth, C., & Gathergood, J. (2022). Buy now, pay later (BNPL)… on your credit card. Journal of Behavioral and Experimental Finance, 33, 100606. https://doi.org/10.1016/j.jbef.2021.100606

Hassan, M. F., Mohd Zain, F. A., Ghazali, M. S., & Mansor, F. (2025). Reconstructing Buy-Now-Pay-Later (BNPL) Through Maqāṣid Al-Sharīʿah: A Conceptual Paper. E-Journal of Islamic Thought & Understanding.

Lusardi, A., & Mitchell, O. S. (2014). The Economic Importance of Financial Literacy: Theory and Evidence. Journal of Economic Literature, 52(1), 5–44. https://doi.org/10.1257/Jel.52.1.5

Mohammad, C. N. A., Othman, N. A., & Mohamed, M. (2025). From Intention to Indebtedness: A Narrative Review on Behavioral, Financial, And Islamic Finance Determinants of Buy Now Pay Later (BNPL) Usage in Malaysia. Management and Information Technology Journal.

Nik Azmi, N. N., & Mohd Zahari, N. H. (2024). Buy Now Pay Later Mechanism Trigger Impulsive Purchase Behavior Among Malaysian Millennials Generation. International Journal of Business and Technology Management.

Organization for Economic Co-operation and Development. (2022). Buy Now Pay Later: Market Developments and Consumer Protection Issues. OECD Publishing.

Organization for Economic Co-operation and Development. (2023). Consumer Finance Risk Monitor 2023. OECD Publishing.

Sarifuddin, S. H. (2025). Buy Now, Pay Later or Pain Later? A Qualitative Study on The Adoption of BNPL and Financial Risks Among Generation Z Consumers in Klang Valley.

Suruhanjaya Kredit Pengguna. (2025). Consumer Credit Act 2025 (Act 873). Malaysia.

Downloads

Published

2026-09-20

How to Cite

Aziz, A., Hadenan Towpek, Mohd Shahid Azim Mohd Saufi, Syaimak Ismail, Muhammad Saiful Islam Ismail, & Mohamad Zaim Isamail. (2026). Integrasi Maqāṣid al-Sharīʿah dalam Penilaian Sistem Buy Now Pay Later (BNPL): Cabaran Ketidaksepadanan, Implikasi Sosial dan Cadangan Dasar di Malaysia: (Integrating Maqāṣid al-Sharīʿah into the Assessment of Buy Now, Pay Later (BNPL) Systems: Challenges of Misalignment, Social Implications, and Policy Recommendations in Malaysia). Journal of Islamic Philanthrophy & Social Finance, 8(2), 66-76. https://doi.org/10.24191/nk12744