BUDAYA PERAYAAN HAUL KE-546 SUNAN AMPEL DAN KESANNYA TERHADAP SOSIO-BUDAYA KOMUNITI ISLAM SURABAYA
THE CULTURE OF CELEBRATING THE 546TH ANNIVERSARY OF SUNAN AMPEL AND ITS IMPACT ON THE SOCIO-CULTURAL COMMUNITY OF ISLAM IN SURABAYA
DOI:
https://doi.org/10.24191/JIPSF/v5n22023_137-144Keywords:
Haul, Sunan Ampel, Sosiobudaya, Surabaya, IslamAbstract
Peringatan kematian Sunan Ampel, atau lebih dikenali sebagai "Haul Sunan Ampel," merupakan satu perayaan penting bagi penduduk Surabaya dan sekitarnya. Acara ini biasanya diadakan setiap tahun pada bulan Syawal dan menarik ribuan orang untuk datang dan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti, seperti solat berjemaah, membaca doa, pameran, dan persembahan seni. Selain menjadi peristiwa beragama, Haul Sunan Ampel juga memberi impak besar kepada sosio-budaya masyarakat Surabaya. Artikel ini membincangkan festival Haul Sunan Ampel dan kesan terhadap sosio-budaya Surabaya. Pengarang menggunakan pendekatan deskriptif-analitikal dalam menganalisis data dan maklumat yang diperoleh daripada sumber yang berkaitan. Penulisan ini memfokuskan kajian literatur terhadap literatur sedia ada daripada jurnal-jurnal elektronik dan buku. Kajian lapangan yang berasaskan metode temubual juga dilaksanakan terhadap 3 informan. Selain itu, pemerhatian juga dilaksanakan sepanjang tempoh perayaan tersebut. Data kualitatif yang dikumpulkan akan dianalisis kandungannya secara tematik bagi merumuskan hasil kajian. Hasil analisis menunjukkan bahawa Perayaan Haul Sunan Ampel telah memberikan sumbangan besar kepada masyarakat Surabaya, terutamanya dalam mempertingkatkan aktiviti ibadah masyarakat setempat, memperkukuh budaya tempatan, memupuk semangat perpaduan dan meningkatkan integriti dalam kalangan komuniti beragama Islam. Selain itu, penganjuran perayaan Haul Sunan Ampel merangsang aktiviti pelancongan dan merangsang ekonomi tempatan. Walau bagaimanapun, perayaan Haul Sunan Ampel juga menyebabkan beberapa masalah seperti kesesakan lalu lintas, peningkatan jenayah, pencemaran, dan kerosakan alam sekitar. Oleh itu, perlu ada usaha kerjasama dari pelbagai pihak untuk mengurangkan kesan negatif ini dan memaksimumkan manfaat positif perayaan Haul Sunan Ampel bagi penduduk Surabaya.
References
Achmad Syafrizal. (2015). Sejarah Islam Nusantara. Islamuna, 2(2), 10-16.
Agung Sendayu (2018(a)). “The priority of maintaining the reliability of sustainable construction at the Ampel Mosque Surabaya.” Diedit oleh P. Hajek, A.L. Han, S. Kristiawan, W.T. Chan, M.b. Ismail, B.S. Gan, R. Sriravindrarajah, dan B.A. Hidayat. MATEC Web of Conferences 195 (22 Agustus 2018): 6008. https://doi.org/10.1051/matecconf/201819506008.
Agus Sunyoto. (2016). Atlas Wali Songo. Bandung: Mizan Media Utama. Ali Motofo. (1971). Strategi Kebudayaan. Jakarta: CSIC.
Ana Ngationo. (2018). Peranan Raden Patah Dalam Mengembangkan Kerajaan Demak Pada Tahun 1478- 1518. Kalpataru, 4(1): 17-28.
Asep Saefulah. (2013). Masjid Ampel di Amlapura Karangasem: Salah Satu Bukti Keberadaan Islam di Pulau Dewata. Jurnal Lektur Keagamaan, 11(2), 339–370. https://doi.org/10.31291/jlk.v11i2.73
Awaludin. (2016). Sejarah Perkembangan Tarikat Nusantara. El-Afkar, 5(11), 125-134. Badri Yatim. (2011). Sejarah Peradaban Islam. Jakarta: Rajawali.
Dewi Evi Anita. (2014). Walisongo: Mengislamkan Tanah Jawa suatu Kajian Pustaka. Jurnal Wahana Akademika. 1(2), 43-54.
Dimas Okky Fareza & Agus Subianto. (2022). Partisipasi Masyarakat dalam Pelestarian Cagar Budaya di Kawasan Ampel, Surabaya. Public Sphere Review: Jurnal of Public Administration, 1(2), 1-7.
Edy Yusuf Nur. (2017). Sistem Ekonomi dan Dampak Sosial Sekitar Masjid Sunan Ampel, Surabaya. Yogjakarta: UIN Sunan Kalijaga.
Effendy Zarkasi. (1977). Unsur Islam Dalam Pewayangan. Bandung: Al- Ma’arif, Bandung. Hatmansyah. (2015). Strategi Dakwah Wali Songo. Jurnal Al-Hiwar, 3(5): 10-17.
Krisna, Bayu Adji. (2011). Ensiklopedi Raja- Raja Jawa. Yogyakarta: Araska.
Leur, J. C. Van. (1955). Indonesia Trade and Society. Bandung: W. Van Hoeve Ltd.
Nur Afidah. (2021). Perkembangan Islam pada Masa Kerajaan Demak. JASIKA Jurnal Studi Islam dan Kemuhammadiyahan, 1(1): 64-76
Putrie, Y. E., Martokusumo, W., & Budi, B. S. (2017). Continuity or Discontinuity, Revisiting the Legacy of Wali Sanga Mosques: Case studies of Contemporary Mosques of Nahdliyin in Malang, East Java. Nakhara: Journal of Environmental Design and Planning, 13, 13–28.
Rachmad Abdullah. (2015). Walisongo. Solo: Al-Wafi.
Rahmawati. (2014). Islam Di Asia Tenggara, Jurnal Rihlah, 2(1), 101- 114.
Sedayu, Agung. (2018). Evaluation of Building Maintenance Quality in Ampel Mosque Surabaya. Wawasan: Jurnal Ilmiah Agama dan Sosial Budaya. 3, 216-230.
Silvia Eka Sari, Hudaidah. (2021). Kepemimpinan Raden Fatah Tahun 1478-1518. ESTORIA Journal of Sciences & Humanities, 2(1), 191-208.
Sulthoni. (2016). Nilai-Nilai Ajaran Tasawuf dan Perkembangannya di Nusantara. Kabilah, 1(2): 357-378.
Suryanegara, Ahmad Mansur. (1995). Menemukan Sejarah Wacana Pergerakan Islam di Indonesia. Bandung: Mizan.
Tarwilah. (2016) “Peranan Walisongo Dalam Pengembangan Dakwah Islam”. Ittihad Jurnal Kopertis Wilayah XI Kalimantan, 2(6), 134-152.
Umma Farida. (2015). Islamisasi Di Demak Abad XV M: Kolaborasi Dinamis Ulama-Umara Dalam Dakwah Islam di Demak. AT-TABSYIR: Jurnal Komunikasi Penyiaran Islam 3(2), 299-318.
Van Den Berg, H.J.. (1959). Dari Panggung Sejarah, Terjemahan Koreskamp dan I.P. Simanjuntak. Bandung: W. Van Hoeve Ltd.
Zuliani Putri & Hudaidah. (2021). Sejarah Kesultanan Demak: Dari Raden Fatah Sampai Arya Penangsang. Tamaddun: Jurnal Sejarah dan Kebudayaan Islam, 9(1): 186-196.
Informan 1. (2023). Kesan Perayaan Haul Sunan Ampel Yang Ke 546 dan Kesannya Pada Sosiobudaya Masyarakat Muslim Surabaya. Surabaya: Masjid Sunan Ampel. 12 Mac 2023, 6.00 petang.
Informan 2. (2023). Kesan Perayaan Haul Sunan Ampel Yang Ke 546 dan Kesannya Pada Sosiobudaya Masyarakat Muslim Surabaya. Surabaya: Masjid Sunan Ampel. 12 Mac 2023, 7.00 malam.
Informan 3. (2023). Kesan Perayaan Haul Sunan Ampel Yang Ke 546 dan Kesannya Pada Sosiobudaya Masyarakat Muslim Surabaya. Surabaya: Masjid Sunan Ampel. 12 Mac 2023, 6.00 petang.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2023 Muhammad Syakur Ahmad, Muhammad Yusri Yusof @ Salleh, Muhammad Hafiz Rosli, Paiz Hassan, Mohd Zahirwan Halim Zainal Abidin, Muhd Imran Abd Razak, Rahimin Affandi Abd. Rahim

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.




