JUDI DALAM TALIAN: CABARAN MENANGANI AKTIVITI PERJUDIAN DI ERA DIGITAL MENGIKUT UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA

ONLINE GAMBLING: THE CHALLENGES OF HANDLING GAMBLING ACTIVITIES IN THE DIGITAL ERA ACCORDING TO THE LAW IN MALAYSIA

Authors

  • Nur Fatin Rosli Universiti Teknologi MARA, Bandaraya Melaka Campus
  • Nur Syazwannie Humaira Samseri Universiti Teknologi MARA, Bandaraya Melaka Campus
  • Marisa Mazanan Universiti Teknologi MARA, Bandaraya Melaka Campus,
  • Bahirah Kamarudin Universiti Teknologi MARA, Bandaraya Melaka Campus
  • Syahrina Hayati Md Jani Universiti Teknologi MARA, Alor Gajah Campus

DOI:

https://doi.org/10.24191/JIPSF/v7n12025_12-25

Keywords:

Pemantauan Perjudian, Penguatkuasaan Teknologi, Perjudian Dalam Talian, Undang-undang di Malaysia, Akta Perjudian

Abstract

Perjudian dalam talian merujuk kepada aktiviti pertaruhan atau permainan yang melibatkan wang atau nilai lain yang dilakukan melalui platform digital seperti laman web, aplikasi mudah alih, dan saluran dalam talian lain. Antara bentuk perjudian dalam talian yang popular adalah permainan kasino, pertaruhan sukan, poker dalam talian, dan loteri maya. Transaksi dalam perjudian ini dilakukan secara elektronik, menjadikannya lebih sukar dikesan dan dikawal berbanding perjudian tradisional yang bersifat fizikal. Sifat maya dan global aktiviti ini melampaui sempadan geografi, menjadikan penguatkuasaan undang-undang lebih rumit kerana ia melibatkan pelbagai pihak dan bidang kuasa antarabangsa. Di Malaysia, perjudian dalam talian mewujudkan cabaran besar kepada pihak berkuasa dalam menguatkuasakan undang-undang di era digital. Antara cabaran utama adalah kesukaran dalam menjejaki aktiviti dan transaksi digital yang sering menggunakan teknologi canggih dan bersifat tanpa sempadan. Selain itu, isu berkaitan penyitaan dan penyimpanan bukti digital turut menjadi masalah kerana bukti tersebut mudah diubah atau dipadam, memerlukan kepakaran dan teknologi khas untuk mengesahkannya. Bidang kuasa negeri yang berbeza-beza di Malaysia turut menambah kesukaran dalam menyelaraskan tindakan penguatkuasaan, di samping limitasi dalam undang-undang perjudian sedia ada yang mungkin tidak lagi relevan dalam menangani bentuk perjudian moden ini. Kekurangan teknologi, kepakaran digital, dan koordinasi antara agensi penguatkuasaan di peringkat negeri dan Persekutuan menjadi faktor utama yang menghalang keberkesanan tindakan undang-undang. Oleh itu, kajian ini menyoroti keperluan mendesak untuk mereformasi undang-undang sedia ada agar lebih selaras dengan perkembangan teknologi digital dan cabaran semasa. Selain itu, kolaborasi antara agensi penguatkuasaan, institusi kewangan, dan penyedia perkhidmatan digital adalah penting bagi memperkukuhkan pemantauan dan pengawalan aktiviti perjudian dalam talian. Pendekatan yang menyeluruh dan strategi yang bersepadu diperlukan bagi memastikan penguatkuasaan undang-undang yang lebih berkesan serta melindungi masyarakat daripada risiko dan implikasi negatif perjudian dalam talian.

References

Ahmad, M. R. (2021, November 8). PDRM tidak senyap isu judi online. Kosmo. https://www.kosmo.com.my/2021/11/08/pdrm-tidak-senyap-isu-judi-online/

Aminnuraliff, M. (2023, Mei 06). Hidup Musnah Angkara Judi. https://www.sinarharian.com.my/article/257123/berita/semasa/hidup-musnah-angkara-judi

Al Hakim, I., & Dewi, R. N. (2024). Studi Literatur: Bahaya Judi Online Terhadap Diri Sendiri dan Keharmonisan Keluarga. Diversity Guidance and Counseling Journal, 2(1), 56-77.

Bernama. (2021, November 8). Undang-undang berkaitan perjudian diteliti, kajian sedang dilaksanakan. Utusan Bornoe Online. https://www.utusanborneo.com.my/2021/11/08/undang-undang-berkaitan-perjudian-diteliti-kajian-sedang-dilaksanakan

Cabaran era digital: Kerajaan perkukuh keselamatan siber - Zahid Hamidi. (2024). Portal Berita. https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/cabaran-era-digital-kerajaan-perkukuh-keselamatan-siber-zahid-hamidi

Dhillon, G., Ling, L. S., Nandan, M., & Nathan, J. T. X. (2021). Online gambling in Malaysia: A legal analysis. Pertanika Journal of Social Sciences and Humanities, 29(1), 207-220.

Ibrahim, T. M. F. H. T., Faisal, M. S., & Baharuddin, A. S. (2024). Judi Dalam Talian: Analisis Awal Isu Dan Cabaran Pendakwaan Di Bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Di Malaysia: E-Gambling: Preliminary Analysis On Issues And Challenges In Prosecution Under Syariah Criminal Offences Enactment In Malaysia. al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, 33(4), 1-10.

Kathirvelu, S., & Abd Rahman, M. R. (2024). Analisa Terhadap Undang-Undang Perjudian Dalam Talian Di Malaysia (Analysis on the Online Gambling Laws in Malaysia). UUM Journal of Legal Studies, 15(1), 329-360.

Mufti of Federal Territory's Office. (2019, August 5). Bayan Linnas Siri Ke-207: Bahaya Judi. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/3619-bayan-linnas-siri-ke-207-bahaya-judi

Nazihah AN. (2024, Jun 24). Ketahui Perbezaan Antara Judi Online Dan Judi Berlesen Di Malaysia. https://www.iloveborneo.my/perbezaan-judi-online-dan-judi-berlesen/

Saifuddin, S. (2023). Analisis Perspektif Keterangan Berhubung Penguatkuasaan Kesalahan Jenayah Syariah di Alam Siber: Analysis of The Perspective on The Description Regarding The Enforcement of Sharia Criminal Offenses in The Cyber World. CFORSJ Procedia, 1, 196-206.

Sinar Harian. (2023, June 19). Akta judi, pertaruhan Malaysia sudah lapuk. https://www.sinarharian.com.my/article/264156/suara-sinar/lidah-pengarang/akta-judi-pertaruhan-malaysia-sudah-lapuk

Utusan Borneo. (2023, Oktober 19). Judi dalam talian kesalahan di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953: Mahkamah Rayuan. https://www.utusanborneo.com.my/2023/10/19/judi-dalam-talian-kesalahan-di-bawah-akta-rumah-perjudian-terbuka-1953-mahkamah-rayuan.

Downloads

Published

2025-03-19

How to Cite

JUDI DALAM TALIAN: CABARAN MENANGANI AKTIVITI PERJUDIAN DI ERA DIGITAL MENGIKUT UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA: ONLINE GAMBLING: THE CHALLENGES OF HANDLING GAMBLING ACTIVITIES IN THE DIGITAL ERA ACCORDING TO THE LAW IN MALAYSIA (N. F. Rosli, N. S. H. Samseri, M. Mazanan, B. Kamarudin, & S. H. Md Jani, Trans.). (2025). Journal of Islamic Philanthrophy & Social Finance, 7(1), 12-25. https://doi.org/10.24191/JIPSF/v7n12025_12-25