CABARAN PENERAPAN ELEMEN TAZKIYAH AL-NAFS DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU SEKOLAH BERASRAMA PENUH TMUA: PERSPEKTIF GURU

Authors

  • Izzah Nur Aida Zur Raffar Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah
  • Nang Naemah Nik Dahalan Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah
  • Nurul Huda Abdul Rahim Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah

DOI:

https://doi.org/10.24191/heqdzn22

Keywords:

Cabaran, Tazkiyah al-Nafs, PdP Guru, Pelajar Tahfiz, SBP TMUA

Abstract

Pelaksanaan elemen Tazkiyah al-Nafs dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) pelajar tahfiz adalah penting untuk membentuk personaliti pelajar yang seimbang dari aspek rohani, emosi dan intelektual. Walau bagaimanapun, pengintegrasiannya ke dalam PdP harian menghadapi pelbagai cabaran, terutamanya dalam konteks Sekolah Berasrama Penuh Tahfiz Model Ulul Albab (SBP TMUA) yang menuntut kecemerlangan akademik dan hafalan al-Quran secara serentak. Kajian ini bertujuan untuk meneroka cabaran guru dalam menerapkan elemen Tazkiyah al-Nafs melalui pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Temu bual separa berstruktur yang melibatkan enam orang guru SBP dianalisis menggunakan analisis tematik. Dapatan menunjukkan bahawa cabaran utama termasuk kekangan masa, tekanan terhadap pencapaian akademik dan hafalan, pemahaman guru tentang aplikasi praktikal Tazkiyah al-Nafs serta kepelbagaian latar belakang pelajar. Kajian ini mempunyai implikasi penting terhadap pembangunan profesional guru dan peningkatan strategi PdP tahfiz secara holistik.

Downloads

Published

2026-04-01

How to Cite

Zur Raffar, I. N. A., Nik Dahalan, N. N., & Abdul Rahim, N. H. (2026). CABARAN PENERAPAN ELEMEN TAZKIYAH AL-NAFS DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU SEKOLAH BERASRAMA PENUH TMUA: PERSPEKTIF GURU. E-Journal of Islamic Thought & Understanding, 9(1), 110-120. https://doi.org/10.24191/heqdzn22