PENDEKATAN MAQASID AL-SHARI‘AH DALAM TADBIR URUS ISLAM BERASASKAN FIQH AL-WATAN DI NEGERI PAHANG

Authors

  • Muhd Imran Abd Razak AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PERAK KAMPUS SERI ISKANDAR
  • Ibrahim Majdi

DOI:

https://doi.org/10.24191/d9pvq343

Keywords:

maqasid al-shari'ah, tadbir urus Islam, fiqh al-watan, Pahang

Abstract

Artikel ini membincangkan tentang pendekatan Maqasid al-Shariʿah dalam membentuk tadbir urus Islam berasaskan Fiqh al-Watan di Negeri Pahang dalam menghadapi cabaran pentadbiran kontemporari. Walaupun tradisi tadbir urus Islam telah wujud dalam sejarah Melayu-Islam, masih terdapat ruang penambahbaikan dari sudut integrasi sistematik antara prinsip maqasid dan realiti tempatan serta ketiadaan instrumen penilaian yang komprehensif. Oleh itu, kajian ini bertujuan menganalisis peranan maqasid sebagai asas normatif, menghuraikan fiqh al-watan sebagai kerangka kontekstual serta mencadangkan model tadbir urus Maqasid-watan yang disokong oleh sistem indikator keberhasilan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif sepenuhnya melalui analisis kandungan terhadap sumber klasik dan kontemporari. Dapatan menunjukkan bahawa integrasi maqasid dan fiqh al-watan mampu membentuk model tadbir urus yang holistik melalui gabungan nilai, struktur dan fungsi yang seimbang. Selain itu, Matriks KMGI signifikan berperanan menterjemahkan maqasid kepada indikator yang boleh diukur bagi meningkatkan akauntabiliti dan keberkesanan pentadbiran. Kajian ini menyimpulkan bahawa pendekatan maqasid-watan berpotensi menjadi kerangka praktikal dalam membangunkan governans Islam yang kontekstual dan berorientasikan kemaslahatan masyarakat.

Author Biography

  • Ibrahim Majdi

    Ibrahim Majdi Mohamad Kamil, PhD merupakan Pensyarah Kanan dalam bidang Falsafah dan Ketamadunan di Pusat Pengajian Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau berkepakaran dalam bidang falsafah dan pemikiran Islam. Sepanjang kerjaya akademiknya, beliau telah menghasilkan pelbagai artikel dalam jurnal dan platform lain yang memfokuskan kepada bidang falsafah, pemikiran, masyarakat Melayu, serta Sosiologi dan Antropologi. Selain itu, beliau juga kini merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Usuluddin Malaysia.

Downloads

Published

2026-04-01

How to Cite

Abd Razak, M. I., & Mohamad Kamil, I. M. (2026). PENDEKATAN MAQASID AL-SHARI‘AH DALAM TADBIR URUS ISLAM BERASASKAN FIQH AL-WATAN DI NEGERI PAHANG. E-Journal of Islamic Thought & Understanding, 9(1), 187-200. https://doi.org/10.24191/d9pvq343