PERANAN SIFAT AL-HAYA’ TERHADAP PEMBENTUKAN PERIBADI MUSLIM ERA DIGITAL
DOI:
https://doi.org/10.24191/25nxd640Keywords:
Sifat al-haya’, Peribadi Muslim, Era DigitalAbstract
Kecanggihan era digital kini membuka pelbagai ruang dan peluang untuk umat Islam maju kehadapan. Namun tanpa disedari ia turut menjadi cabaran kepada umat Islam dengan agenda keterbukaan sehingga terhakisnya sifat malu dalam kalangan pengguna. Sifat al-haya’ yang sewajarnya menghiasi peribadi seorang muslim kini dilihat semakin terhakis akibat keterbukaan dan kebebasan ekspresi tanpa kawalan di media sosial. Saban hari berlaku peningkatan kandungan yang tidak beretika, kecenderungan pendedahan peribadi secara berlebihan, serta normalisasi perilaku yang bertentangan dengan nilai Islam. Dalam konteks ini, sifat al-ḥayā’ (malu) yang digariskan dalam tradisi Islam memainkan peranan penting sebagai benteng keimanan dalam membentuk keperibadian Muslim. Justeru kajian ini bertujuan untuk meneliti konsep sifat al-ḥayā’ dan peranannya terhadap pembentukan peribadi Muslim era digital. Kajian ini bersifat kualitatif dengan menggunakan metode pengumpulan data secara dokumentasi dan metode analisis data berdasarkan analisis kandungan (content analysis) terhadap kes-kes yang berlaku di era digital dan teks-teks al-Quran dan al-Hadith berkaitan pembentukan peribadi Muslim. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat empat peranan utama sifat al-haya’ terhadap pembentukan peribadi Muslim iaitu pertama sifat al-haya’ sebagai asas keimanan, kedua sebagai pelindung akhlak, ketiga sebagai pengawal komunikasi dan keempat sebagai pemangkin kerohanian. Daripada itu jelas bahawa sifat al-haya’ perlu disemai dalam diri setiap individu Muslim kerana ia berperanan penting dalam membentuk keperibadian pengguna digital sekaligus menyumbang kepada kesejahteraan sosial di Malaysia.
References
Ahmad Zaki Mohd Yusof. (2018). Konsep Malu dalam Islam dan Implikasinya terhadap Pembentukan Akhlak Remaja Muslim di Malaysia. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ali Salman, Mohammad Agus Yusoff, Mohd Azul Mohamad Salleh & Mohd Yusof Hj Abdullah. (2018). PENGUNAAN MEDIA SOSIAL UNTUK SOKONGAN POLITIK DI MALAYSIA. Journal of Nusantara Studies Vol 3(1) , 51-63.
Abdullah, A. (2019). Qur’anic values and Muslim personality development.
Ibrahim, N., & Ab Rahman, M. (2020). Islamic education and personality formation.
Mohd Mokhtarishah Mohamed Mokhtar dan Hasmadi Hj. Hassan. (2021). Pengaruh Faktor Persepsi Negatif dan Budaya Tular Terhadap Buli Siber di Media Sosial dalam Kalangan Pelajar dan Golongan Muda. . International Journal of Human Technology and Civilization Issue 11 Vol 1, 16-36.
Muhammad Adil Fikri Mohd Hamizi. (2023 ). Penggunaan Media Sosial Sebagai Media Baharu dan Impaknya Terhadap Masyarakat Malaysia. Jurnal Perspektif Jil. 15 Special Issue, 24-37.
Mustafa 'Abdul Rahman. (2001). Hadith 40 terjemahan dan syarahnya. Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar.
Norazlina Hj. Mohd Kiram & Nik Farhan Mustapha. (2013). Persepsi Pelajar Melayu Terhadap Sifat dan Konsep Malu Orang. JURNAL LINGUISTIK Vol. 17(1), 39-48.
Nur Anis Hanani Mohd Talib, Latifah Abdul Majid & Nurliyana Mohd Talib. (2019). Relevansi Sifat al-Haya’ dalam Pemantapan Akhlak Generasi Z. Jurnal al-Turath; Vol. 4, No.1, 8-14.
Nurul Fatin Najihah Zulkifli & Muhammad Zaiamri Zainal Abidin. (2023). Exploring Social Media Addiction among . Forum Komunikasi, 120-146.
Rahman, F., & Hassan, A. (2018). Globalization and challenges in Muslim identity formation.
Shahrul Nazmi Sannusi, Fauziah Ibrahim, Azianura Hani Shaari, Nasrudin Subhi. (2019). Penggunaan media sosial dalam kalangan remaja B40 di sekitar Lembah. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication Vol 35 Issue 4, 101-118.
Sholihul Anwar, S., Siti Rosyidah, & Sukisno. (2024). Development of Islamic Personality in the Digital Era with a Monotheism Based Character Education Model. Jurnal Pedagogy, 17(2), 189–198.
Siti Solehah Azhar & Suriani Sudi. (2018). KONSEP AL-HAYA’ MENURUT PERSPEKTIF SUNNAH. Proceeding of The International Conference On Contemporary Issues In Al-Quran And Hadith 2018 (THIQAH 2018), (pp. 431-440). Bangi Selangor.
Suleiman, R. (2021). Family role in shaping Muslim character.
Zarina Muhammad, Akmaliza Abdullah & Ratna Roshida Ab Razak. (2019). SIFAT MALU DALAM KERANGKA AKHLAK MELAYU. Jurnal Hadhari 11(2), 231-244.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Norafifah Ab Hamid, Nor Azlina Abd Wahab, Siti Nurul Izza Hashim, Mohd Sobri Ellias

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.








