KETELUSAN DIGITAL INSTITUSI WAKAF DI MALAYSIA: ANALISIS PERBANDINGAN LAMAN SESAWANG MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI (2015-2025)
DOI:
https://doi.org/10.24191/p5cdz362Keywords:
Institusi Wakaf, Laman Sesawang, Majlis Agama Islam Negeri, Pertubuhan Bukan Berasaskan Keuntungan, Tadbir UrusAbstract
Ketelusan digital dalam laman sesawang memainkan peranan penting dalam memupuk kepercayaan, akauntabiliti, dan keterlibatan pihak berkepentingan dalam pengurusan wakaf. Ia bukan sahaja berkait rapat dengan penyediaan maklumat tetapi juga memastikan maklumat tersebut jelas, mudah diakses, dan relevan dengan kepentingan serta kebimbangan pihak berkepentingan. Dengan mengamalkan ketelusan, sesebuah organisasi dapat mengukuhkan hubungan baik dengan pihak berkepentingan, seterusnya menyumbang kepada amalan tadbir urus yang lebih baik secara keseluruhan. Ketelusan dalam perkongsian maklumat kepada orang awam memberikan impak positif dan secara tidak langsung meningkatkan mutu perkhidmatan dalam talian institusi wakaf. Institusi wakaf juga mengalami evolusi yang ketara dalam penggunaan teknologi yang telus kerana ketelusan yang tinggi menawarkan pelbagai kelebihan kepada organisasi bukan berasaskan keuntungan, menjadikan platform dalam talian lebih berprestasi tinggi dan membolehkan akses secara meluas kepada data kewangan serta tadbir urus. Semakin tinggi tahap ketelusan, semakin tinggi keyakinan orang awam, khususnya golongan penderma dan pengawal selia. Oleh kerana institusi wakaf bergantung sepenuhnya kepada sokongan awam, mereka perlu mengambil langkah-langkah untuk memastikan organisasi lebih dipercayai dan bebas dari keraguan. Kajian ini menumpukan perhatian kepada institusi wakaf di bawah kelolaan Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia. Institusi wakaf merupakan pertubuhan kebajikan berasaskan agama yang perlu menjalankan tadbir urus yang berkesan untuk mengekalkan keyakinan awam terhadap keupayaan mereka sebagai pemegang amanah tunggal aset wakaf di setiap negeri. Kajian ini meneliti bagaimana penggunaan internet mampu meningkatkan tahap ketelusan institusi wakaf di Malaysia melalui analisis isi kandungan laman sesawang. Laman sesawang dipilih kerana kelebihannya sebagai platform komunikasi dengan pihak berkepentingan, membolehkan amalan pendedahan kewangan dan maklumat korporat dilaksanakan secara lebih baik dalam talian, yang penting bagi meningkatkan prestasi institusi. Tahap ketelusan internet juga boleh meningkatkan prestasi institusi wakaf dengan memberikan akses kepada pelabur, dan membolehkan pihak berkepentingan lain mendapatkan maklumat. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti masalah ketelusan dalam institusi wakaf dengan meneliti pelbagai sumber literatur dan kajian terdahulu mengenai pengurusan institusi wakaf.
References
Burger, R. & Owens, T. (2010). Promoting Transparency in the NGO Sector: Examining the Availability and Reliability of Self-Reported Data. World Development, 38(9), 1263–1277.
Gibson R. (n.d). Web Content Analysis Workshop in Advanced Techniques for Political Communication Research: Web Content Analysis Session.
Hamid, K T. (2008). Promoting Good Public Governance and Transparency. In Workshop for the Commemoration of the International Day Against Corruption, Organised by the Kano State Public Complaints and Anti-corruption Directorate (Vol. 2008, pp. 1–14).
Hasan, A. & Shahid, M A. (2010). Management and development of the awqaf assets, Seventh International Conference of The Tawhidi Epistemology: Zakat and Waqf Economy, pp. 1-20.
Kahf, M. (2014), Notes on Islamic Economics: The Charitable Sector, Al Manhal, Qatar.
Krippendorff, K. (2004). Content Analysis: An Introduction to Its Methodology (2nd ed.). Thousand Oaks, CA: Sage. p. 413.ISBN 9780761915454
Lee, R L. & Joseph, R C. (2013). An examination of web disclosure and organizational transparency. Computers in Human Behavior, 29(6), 2218–2224.
Lee, R. L., & Blouin, M. C. (2019). Factors affecting web disclosure adoption in the nonprofit sector. Journal of Computer Information Systems, 59(4), 363–372.
Lowatcharin, G. & Menifield, C E. (2015). Determinants of Internet-enabled Transparency at the Local Level: A Study of Midwestern County Web Sites. State and Local Government Review, 47(2), 102–115
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), (2008). Analisis jumlah keluasan tanah wakaf yang telah didaftarkan atas nama Majlis Agama Islam Selangor mengikut daerah sehingga Disember 2008, retrieved at 9/9/2014 from http://www.mais.gov.my/.
Nahar, H. S., & Yaacob, H. (2011). Accountability in the sacred context: The case of management, accounting and reporting of a Malaysian cash awqaf institution. Journal of Islamic Accounting and Business Research, Vol. 2, pp. 87-113.
Noor, A. H. M. & Salleh, N. (2016), Determining online transparency level waqf institutions in Malaysia, Proceedings of The Muktamar Waqf Iqlimi III 2016 (IQLIMI2016). Presented at the Ban Nua Mosque, Songkla, Thailand, 13-14 October 2016. Published in Malaysia by: Pusat Pembangunan Pembiayaan Wakaf (PPPW), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Noor, A. H. M., Salleh, N. & Arshad, R. (2015), Religious based charity and transparency: a content analysis of waqf organizations website, Proceedings of The 27th International Business Information Management Association Conference, May 4-5, 2016, Milan, Italy (ISBN: 978-0-9860419-6-9).
OECD. (2004). OECD principles of corporate governance. In Corporate Governance in Japan: From the Viewpoints of Management, Accounting, and the Market (pp. 109–117). http://doi.org/10.1007/978-4-431-30920-8_10
Ramli, N. & Muhamed, N. A. (2018). Adoption of Value-Based Intermediation through Integrated Reporting: Evidence from Islamic Banks in Malaysia.
Salvatico, R. (2006). Enabling transparent leadership: a small business manager’s perspective. Journal of Management Development, Vol. 25, pp. 1018-1020.
SKMM, (2014). Communications & multimedia; pocket book of statistics, retrieved at 10/05/2014 from http://www.skmm.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/Q3-BI-Pocket-Book-of-Statistics.pdf
Sunshine Review. (2013). 2013 Transparency Report Card. Chesterfield.
The Star (2023). Household Internet access rate increased to 96pc in 2022, says DoSM, retrieved from: https://www.thestar.com.my/news/nation/2023/05/31/household-internet-access-rate-increased-to-96pc-in-2022-says-dosm
Tipaldo, G. (2014). L'analisi del contenuto e i mass media. Bologna, IT: Il Mulino. p. 42. ISBN 978-88-15-24832-9
Weber, J., & Marley, K. A. (2012). In Search of Stakeholder Salience: Exploring Corporate Social and Sustainability Reports. Business & Society, 51(4), 626-649. https://doi.org/10.1177/0007650309353061
Wellens, L. & Jegers, M. (2014). Effective governance in nonprofit organisations: A literature based multiple stakeholder approach. European Management Journal, 32(2), 223–243. http://doi.org/10.1016/j.emj.2013.01.007
Downloads
Published
Data Availability Statement
The data supporting the findings of this study are available from the corresponding author upon reasonable request, subject to ethical and confidentiality considerations.
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Nurjannah Salleh, Syahrina Hayati Md Jani, Nor Tasik Misba

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.








