PENGURUSAN WAKAF PENDIDIKAN DI PERINGKAT INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI: KAJIAN SOROTAN LITERATUR SISTEMATIK (SLR)

Authors

  • Hasyeilla Abd Mutalib Dr
  • Nurnazifa Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Cawangan Perlis
  • Muhamad Hasif Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Shah Alam
  • Nur Athirah Faculty of Business and Management, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perlis
  • Nur Ain Nazihah Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Cawangan Perlis

DOI:

https://doi.org/10.24191/f918dz62

Keywords:

IPT, Pengurusan, SLR, Wakaf pendidikan

Abstract

Wakaf telah terbukti menjadi instrumen pembangunan sosioekonomi umat Islam, termasuk dalam bidang pendidikan. Namun begitu, pengurusan wakaf pendidikan di institusi pengajian tinggi (IPT) masih berdepan dengan pelbagai cabaran seperti ketiadaan piawaian pelaporan, kekangan intergasi teknologi dan isu akauntabiliti. Kekangan ini menimbulkan persoalan tentang sejauh mana keberkesanan wakaf pendidikan dapat dimaksimumkan untuk menyokong kelestarian kewangan universiti. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti pengurusan wakaf pendidikan di peringkat IPT. Kajian ini menggunakan metodologi PRISMA (Preferred Reporting Items for Systematic Review and Meta Analysis). Data utama pencarian sumber yang berkaitan untuk SLR ini adalah daripada dua pengkalan data utama iaitu Scopus dan Web of Science. Dapatan kajian telah memperoleh enam tema utama seperti; 1) penubuhan unit wakaf pendidikan di peringkat IPT; 2) tadbir urus dan akauntabiliti; 3) pemantauan dan penguatkuasaan syariah; 4) kutipan dan agihan dana wakaf pendidikan; 5) integrasi teknologi dalam pengurusan wakaf; dan 6) kelestarian kewangan institusi pendidikan.  Hasil kajian dipercayai boleh membantu kepada pihak pembuat dasar, pengamal dan penyelidik untuk membangunkan modul yang terbaik sebagai panduan bagi pengurusan wakaf pendidikan di institusi pendidikan tinggi. Justeru itu, kajian ini diharap dapat menjadi sumber dalam kajian-kajian lain yang berkaitan dengan pengurusan wakaf pendidikan yang sistematik di mana-mana institusi pendidikan.

Downloads

Published

2026-07-29

How to Cite

Abd Mutalib, H. ., Gzahli, N. ., Yahaya, M. H. ., Abd Rahman, N. A. ., & Muhamad Rizal, N. A. N. . (2026). PENGURUSAN WAKAF PENDIDIKAN DI PERINGKAT INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI: KAJIAN SOROTAN LITERATUR SISTEMATIK (SLR). E-Journal of Islamic Thought & Understanding, 9(1), 169-186. https://doi.org/10.24191/f918dz62